Tobi of Akatsuki Sprite

05 February 2013

Mencari CINTA Sejati


Assalamualaikum.tengah sedap baring2 tiba2 terpikir nak tulis pasal benda ni.tajuk kali ini aku ingin menulis tentang bagaimana untuk mendapatkan @ mencari cinta sejati.aku pun sebenarnya dah bosan dengan bercinta main2 ni.bercinta,pastu putus & seterusnya sampai lah takde kesudahan.pastu,setiap kali putus,sedih & taknak bercinta dah.tapi bercinta lagi.tak suka lah kalau macam tu.nak2 pulak bila dah bercinta ni,dapat yang jenis tak paham bahasa.susah jugak.tapi sekarang aku rasa macam dah jumpa cinta sejati aku.orang pertama yang boleh memahami aku & apa2 je lah tentang diri aku ni yang matang dari segala aspek & semuanaya lah.walaupun kami dah takde apa2 ikatan,namun aku tetap mencintai dia smpai bila2.maklum lah,satu kos & satu universiti.boleh dikatakan setiap minggu pasti akan berjumpa.tapi biar je lah.aku tak arif sangat pasal benda ni.tapi apa yang aku tulis ni sebenarnya datang dari hati aku.bukan saja2 nak tulis.lagi pun,aku selalu baca novel2 cinta & baca di internet.jadi,aku tau lah sikit2...hahaha.

Sebenarnya,cinta yang sejati ni cuma datang dari keikhlasan hati & niat kita mencintai seseorang dengan tulus & bukan mencintai kerana paras rupa,harta,usia @ apa2 lagi lah.sebagai contoh,kita tengoklah macam mana Nabi Muhammad berkahwin dengan isteri pertama baginda iaitu Siti Khadijah walaupun Siti Khadijah jauh lebih tua dari baginda.so,kepada korang,jangan lah memilih sangat dengan cinta ni @ jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah.lagi 1,cinta ni adalah anugerah daripada pencipta kita yang maha esa iaitu Allah S.W.T. kepada setiap insan yang bergelar manusia.jika dia sudah menetapkan sesuatu untuk kita,maka jadi milik kita lah.jika dia sudah menetapkan bahawa seseorang itu bukan milik kita,bercinta 10 tahun macam mana pun,tetap bukan jodoh kita jugak.tapi tidak salah jika kita berusaha untuk mencari cinta sejati ini.cuma yang paling penting,bila dah dapat seseorang yang kita cintai @ sukai,jaga lah dia dengan sebaik-baik mungkin & doa juga merupakan benda yang penting.kalau boleh,jangan lah tinggal solat & sering memohon doa supaya Allah perkenankan doa kita untuk bersama dengan orang yang kita sayangi.sesetengah orang,bila dah bercinta setahun 2 tahun ni,mesti akan merasa bosan dengan pasangan masing2.please!!jangan pernah ada perasaan ni dalam hati korang.


Tapi,kalau boleh,kita cintai & sayangilah pasangan kita dengan niat untuk menikahinya & bukan untuk pemuas nafsu @ sekadar nak main2 kan dia.toksah lah korang nak kapel2 ni.buang masa jer jika niat korang nak kapel tu tak betul.lagi 1,terima pasangan kita ni dengan sebaik mungkin tak kisah lah dia sempurna ke tak,itu tak penting.yang penting hati ni.sekarang ni pun aku dah tak suka bila dengar orang nak kapel cuma niat saja2 & nak main2 jer.dulu time sekolah pon aku selalu lah macam ni.suka memainkan perasaan  perempuan.bila bosan sikit,cari orang lain.tak sedar pulak aku time dulu macam mana perasaan mereka bila aku buat macam tu.pastu,bila nampak sikit perempuan lawa,mula lah nak kenal2 & mintak2 nombor ni.please lah,tu dulu.sekarang aku dah bertaubat taknak lukakan hati perempuan &  memainkan perasaan mereka.mereka insan yang lemah.kita sebagai kaum lelaki kena melindungi & menjaga mereka.bukannya,buat apa yang kita nak ikut sesuka hati @ nafsu semata-mata.bukan tu saja,kalau bercinta ni kalau boleh,tolong lah elakkan bersentuhan2 ni macam pegang2 tangan,bercium @ ap2 benda lagi lah yang diharamkan.tup2,terlanjur.kalau buat semua tu & then berkahwin nampak sangat lah jodoh itu datang dari syaitan.semua orang mesti nak jodoh datang dari Allah.so,bagi lelaki,korang jaga lah pasangan anda & bukan merosakkannya.bagi wanita pulak,korang jadilah wanita yang umpama duduk dalam bekas kaca yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa seperti heliza helmi...huhuhu.best sangat citer syurga cinta tu.ciri2 macam tu lah yang aku inginkan.hahaha...gurau je lah.



Tidak lupa juga,bila korang dah bercinta & ada pasangan masing2 ni,bawa lah jumpa & kenalkan dengan family masing2.jika korang masih belajar lagi,belajar lah dengan betul2 & cari kerja yang elok2.kalau boleh,kahwin cepat2.tak pun,kalo takde duit lagi tu,ikat dulu hubungan korang seperti bertunang ker.takut jugak ada orang ketiga nanti @ syaitan2 yang sentiasa menghasut kita untuk membuat benda yang tak elok.sebenarnya,member2 aku pon dah ramai yang bertunang walaupon mereka still belajar lagi.memang jeles lah aku...hehehe.tapi takpe,jika kita sanggup sabar dalam menjalinkan hubungan ini & doa yang tak pernah putus,insyaallah boleh berkekalan. 

okey.penat menaip & tak tau lah sama ada menarik ke tak entri ni.nampak macam serabut pun ada.dah berlebihan panjang aku tulis ni.it's ok,kalo menarik tu,sila lah like @ komen sikit2 yer.komen yang pedas2 tak mau tau.


Terima Kasih Kerana Sudah Membaca Entri Taufiq ! Sila Like Kalo Suka !

7 comments:

  1. Ya Allah.,semoga aku menemui cinta sejatiku yang sebenar. cinta sejati yang sentiasa mempertahankan cintanya seperti qais dan laila, yang menjaga cinta mereka kepada agama Allah. :)

    ReplyDelete
  2. nice entri.. nak heliza helmi ye.. haha
    jom blogwalking ke sini nnti ea..http://iellakylla.blogspot.com done follow kamu

    ReplyDelete
  3. ouh.heliza helmi ye! :'( jeles! haha

    ReplyDelete
  4. Eena Arrina,aminnn...doa bnyk2 tau :)

    ReplyDelete
  5. iela_kylla...xde lh.sje je.ok,nnt sye blogwalking

    ReplyDelete

Copyright@Segala Yang Tercatat di atas semuanya Hak Milik Ku Taufiq