Tobi of Akatsuki Sprite

11 April 2013

Tamat Sudah Semester 3 Diploma Pengurusan Maklumat


Assalamualaikum...lama tak update blog. Entri kali ni aku tak nak bebel panjang-panjang. Cuma, aku nak tulis yang hari ni last final exam umtuk semester 3 & aku tak sabar-sabar nak balik rumah untuk cuti 2 bulan...hehe. Mana tak nyer, barang-barang pon siap packing dah. Selesai saja menjawab paper IMD202, aku apa lagi, terus lah keluar dari dewan walaupon masih ade 45 minit lagi masa menjawab. Nak duduk lama-lama kat situ sampai 3 jam memang tak lah. Selepas keluar dewan, aku pon terus pulang ke rumah. Tak sabar menunggu result nanti & mudah-mudahan insyaallah dapat lah keputusan yang cemerlang demi ibu & ayah aku. Tinggal 2 semester jer lagi untuk habis diploma. Apa-apa pon, thanks yer kalo yang sudi membaca & gambar di atas ni diambil sehari sebelum final exam aku bermula. Saje jer letak gambar ni sebagai tajuk untuk entri ni sebab cuti 2 bulan, 2 bulan jugak lah tak berjumpa dengan mereka...kepada kawan-kawan sekelas aku JIM110 3A, cuti semester ni korang semua akan sentiasa aku rindui...jaga diri elok-elok yer kawan-kawan cuti ni & berjumpa lagi untuk semester hadapan...ALL THE BEST U ALL(-_-)


Terima Kasih Kerana Sudah Membaca Entri Taufiq ! Sila Like Kalo Suka !

16 February 2013

0h HIJAU my Favrot Colour

Hijau adalah Green

Assalamualaikum semua.entri kali ini aku nak menulis pasal HIJAU.macam takde benda lain jer nak tulis kan.bukan apa,aku ada maksud tersendiri sebab apa nak tulis pasal benda ni.bagi semua orang,korang mesti ada warna tersendiri yang korang minati kan.contohnya,warna biru,merah,kuning,pink & sebagainya.bagi aku pula,warna hijau ni merupakan warna favrot aku.banyak sebab kenapa aku minat warna ni sampai kan cadar,selimut,tuala,baldi,botol air,fail,pensel box,berus gigi & banyak lagi lah semua warna hijau.sampai kan template blog aku ni pon hijau...hahaha.hijau di dalam mod positifnya, menggambarkan keadaan semulajadi seperti pokok dan hutan, kehidupan, kestabilan, kedamaian dan ketulenan.sebaliknya, mod negatifnya yang terdapat pada ton tertentu seperti hijau-coklat menggambarkan lapuk, toksid dan peniruan. warna hijau ini juga sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti dan kerja yang realistik dan saintifik.





CINTA
Warna aura Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakan warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta lelaki,perempuan atau warna romantik. Dan Hijau adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada ALLAH, cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan-rakan, cinta pada alam sekitar dan sebagainya. Cinta adalah kunci kemakmuran. Tanpa cinta, dunia akan semakin hilang segala kemakmurannya.
ISLAM
Sebenarnya, Hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu, kebanyakan warna yang menggambarkan Islam adalah dari tone Hijau. Dalam Al-Quran jugak banyak menerangkannya. Jika dilihat dari metodologinya, Islam itu harmoni dan sederhana serta berkembang. Sesuai dengan unsur alam semulajadi ciptaan ALLAH, ia nampak semulajadi. Malah yang paling utama, Hijau adalah lambang universal tentang cinta. Cinta kita kepada ALLAH.


ALAM SEMULAJADI
Hijau adalah lambang alam. Ia menunjukkan pokok-pokok dan tumbuhan. Ia menggambarkan isi kandungan dunia. Ia juga selalu menggambarkan sistem alam semulajadi. Bila kita sebut warna Hijau, kita akan mudah dibawa oleh gambaran hutan, tumbuh-tumbuhan dan juga air terjun.

HARMONI
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang. Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang sama rata. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura-aura Hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga bersifat terbuka.

PERKEMBANGAN
Hijau adalah evolusi dan simbol berkembang. Hijau adalah warna yang menunjukkan nilai perkembangan atau suatu keadaan pembangunan sesuatu objek. Ia berkait rapat dengan Hijau sebagai simbol alam. Ia sentiasa berkembang dan membesar. Ramai yang duduk dalam bidang personal growth mempunyai elemen Hijau melambangkan kerja mereka yang mengembangkan potensi diri manusia.

MINDA
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda sepatutnya berkembang dan membangun seperti simbol Hijau yang lain iaitu alam dan perkembangan. Minda manusia sepatutnya juga begitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan ALLAH yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah ciptaan ALLAH.

WANG / KEMAKMURAN
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna Hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil GreenBack. Dan selalunya warna dalam mana-mana lambang dollar adalah berwarna Hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran kerana ia memang fitrah segala ciptaan ALLAH yang bermaksud berkembang dan melimpah ruah. Tetapi, aura Hijau mementingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi batin atau sifat dalaman.

PENGETAHUAN
Ilmu adalah warna Hijau. Aura Hijau melambangkan Kaya Ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna Hijau yang bermaksud berkembang dan makmur.

KAYU
Dalam school of Feng Shui, Hijau adalah lambang elemen kayu. Atau dekat dengan erti alam. Elemen kayu dalam feng shui adalah melambangkan kesihatan. Dari segi kerjaya pula, orang yang mempunyai elemen Hijau adalah dari bidang penulisan, guru, pengajar, ahli psikologi, kaunselor, (semua kerjaya yang mempunyai hubungan dengan mengembangkan potensi atau bidang ilmu manusia), petani atau yang melibatkan diri dengan penanaman dan perladangan. Elemen Hijau penting dalam feng shui untuk menghasilkan elemen merah. Kerana kayu jika dibakar akan menghasilkan api (vitality) atau dalam erti realitinya menghasilkan semangat untuk berjaya.


Terima Kasih Kerana Sudah Membaca Entri Taufiq ! Sila Like Kalo Suka !

15 February 2013

3 Kesilapan Besar Selepas Putus Cinta & Apa Nak Buat???


Okay….sekarang tetiba je anda dah sedar…anda kembali “single”!


Jadi..apa nak buat ya..

Amaran: Jangan menyusahkan hidup anda dengan ber“dating” terlalu awal selepas putus cinta.Berapa awal ‘terlalu awal’ tu? Bergantung kepada keadaan semasa putusnya perhubungan anda.

Apa sekali pun: Enam bulan atau lebih.

“Atau lebih”? Ya! Enam bulan atau lebih!

Kalau jari kita terluka, perlu masa untuk baik.Kalau luka itu dalam perlu lebih lagi masa untuk sembuh. Untuk pulih sepenuhnya dari putus cinta sama sahaja, perlukan masa.

Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh anda selepas putus cinta dan bergelar “single” ialah melibatkan diri dengan seseorang yang lain SEBELUM luka lama anda sembuh.

Dua lagi kesilapan yang berkaitan termasuklah anda tidak mengambil sepenuh tanggungjawab “bersama” atas perkara yang menjadi sebab putusnya hubungan anda dan anda tidak pastikan isu itu selesai sebelum anda mulakan hubungan yang lain.

Melakukan perkara yang sama berulang-kali dengan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah tindakan tidak waras. Sedar bahawa hati anda perlu pulih tetapi tidak berbuat apa-apa takkan membantu anda bersedia untuk perhubungan seterusnya malah hanya memanjangkan lagi penderitaan.

Jadi macamana nak elakkan kesilapan yang sama berlaku? Hidup “solo” untuk beberapa waktu!

Perlu anda faham, sebelum anda melibatkan diri dan berjaya mendapat cinta dan perhubungan yang sejati serta sihat,pertama sekali anda perlu melibatkan diri anda dengan “diri” dan perasaan anda sendiri.

Dalam menilai diri sendiri,toloooooonngglah berlaku jujur..

Lihat diri anda dengan ikhlas tentang apa yang mungkin telah anda buat dan lakukan sama ada sengaja, perasan atau tidak yang boleh menyumbang terhadap gagalnya cinta anda yang lepas. Anda mesti berjanji untuk buat perubahan dalam diri anda SEBELUM terlibat dalam perhubungan cinta seterusnya.

Sekarang adalah masanya untuk anda menjadi lebih matang. Sebagai seorang yang telah kembali “solo”, anda seharusnya menggunakan masa ini untuk melihat dan mengkaji sikap anda dahulu, apa yang telah anda lakukan semasa bercinta dan juga apa yang anda tak suka dengan sikap bekas kekasih anda. Kalau boleh,buat satu ‘resume romantik’ yang akan anda tuliskan sikap positif dan romantik bekas kekasih dan apakah sikap dan ciri lain yang anda inginkan dalam diri kekasih anda yang akan datang.

Ini adalah masanya untuk anda menimba pengalaman berdiri atas kaki sendiri. Belajar jadi matang dan berdikari.Ingat…anda mesti belajar untuk berdiri dengan sendiri dahulu sebelum anda boleh berdiri bersama!

Bukanlah maksudnya nak berkawan dengan gender yang sama saja,dating pun tak boleh, boleh…tapi bila ber’dating’ tu, anda MESTI menahan keinginan untuk melibatkan diri dalam satu perhubungan yang lebih intim terlalu awal. Jangan la baru ‘dating’ dengan seorang saja dah mula nak bercinta, nak lebih intim. Berkawan ramai sikit, ’dating’ lebih dari seorang, tak salah sebab itu atas dasar berkawan. Pastikan jangan la pulak terlibat dalam masalah sosial sebab terlebih berkawan ya!Kawal diri, perasaan dan sedar batasan anda. Tujuan anda hanya untuk berkawan,itu saja.

Anda tak perlu melibatkan diri dalam perhubungan baru secepat mungkin selepas putus cinta dengan harapan ia akan dapat mengubat hati yang lara. Itu adalah tindakan yang TIDAK bijak!Katakan kalau kita demam la ya, doktor akan menasihatkan kita supaya berehat 1-3 hari bergantung kepada betapa serius demam kita, beri cuti sakit bukan nasihatkan kita terus berkerja. Ini tindakan BIJAK. Jadi jangan terlalu cepat ok!

Perhubungan yang terputus, memedihkan dan amat melukakan perlukan masa untuk sembuh. Maksud saya adalah perhubungan yang memedihkan dan melukakan dengan diri anda. Anda perlu faham, sebelum anda pulih dan sembuh sepenuhnya, ada beberapa masalah yang perlu dibaiki dan diselesaikan dulu.

Selalunya tindakan kita tidak bermatlamat.Kita salahkan bekas kekasih, mak mertua, adik-beradik ipar, saudara mara,kawan-kawan dia atau kita, sesiapa saja silap-silap ayam, kucing, kambing pun kita salahkan kecuali… “penyangak” yang sebenar!

Kalau nak tau apa masalah dalam perhubungan yang lepas, senang je…pergi tengok cermin. Dah nampak? Ya, andalah masalahnya!

Beranilah melihat jauh ke dalam diri dan bebaskan diri anda daripada menunding jari dan menyalahkan pihak lain. Masanya telah tiba untuk memikul tanggungjawab dan sedar siapa anda, apa yang telah anda buat, bagaimana cara anda berfikir, cukupkah ilmu tentang pengurusan cinta dan perhubungan, dengan siapa anda ber’dating’ dan macam-macam lagi.

Perhubungan yang paling penting untuk anda sekarang ialah perhubungan dengan diri anda! Ini adalah misi utama anda. Bina semula hubungan dengan diri anda. Betulkan segala kesilapan dan sikap negative anda. Langkah pertama ini amat penting sebelum anda menjadi diri anda yang baru dalam hubungan sihat dan bahagia selepas ini. Selain itu, pada masa yang ada ini, luangkan masa berusaha menyediakan diri anda untuk cinta yang akan anda kongsi bersama insan lain di masa hadapan.

Masalah kalau anda cepat sangat menjalinkan hubungan baru, diri anda tidak ada “tempoh bertenang” untuk berfikir dan membuat pilihan serta membetulkan semula sikap negative anda.

Cipta perhubungan baru dengan diri anda!Ketahui dengan sebenarnya siapa anda. Ambil masa, jangan gopoh. Bila sampai satu ketika anda pasti tau dan sedar apa kesilapan anda dan terima dengan hati terbuka. Kemudian buat sesuatu yang lain! Ubah sikap negative. Bila dah terima hakikat bahawa anda juga bersalah dan ada sumbangan kepada putusnya perhubungan anda, luka di hati akan mula sembuh.

Bila anda sedar dan buat keputusan kesilapan itu tidak akan anda ulangi lagi, anda akan rasa lebih baik, lega dan hati akan mula tenang. Akan sampai masa anda toleh ke belakang dan berkata, “Macamana aku boleh bertindak dan berfikir macam tu”. Anda juga akan rasa perasaan sedih dan luka yang amat sangat itu tak patut anda biarkan berlaku pada diri anda. Anda akan toleh kenangan cinta lepas dengan kecewa disebabkan sikap negative anda. Dalam masa yang sama, anda pasti bangga kerana anda telah sedar dan tau, anda takkan biarkan ia berulang lagi.

Separuh dari proses nak pulih dari kepedihan anda sekarang adalah dengan mengakui dan sedar bahawa ada di antara masalah yang telah berlaku, anda juga bertanggungjawab. Tau macam tu je tak cukup. BUAT dan lakukan adalah hal yang lain pulak!

Sekarang adalah masa untuk BERHENTI menyalahkan orang lain atas keperitan yang anda sendiri juga cipta untuk diri anda. Sekarang adalah masa untuk memaafkan supaya luka dan keperitan ini akan cepat sembuh. Pilihan di tangan anda.

Luka tidak akan sembuh sehingga anda membenarkan diri untuk memaafkan.

Walau apa pun, yang pentingnya berapa lama anda nak tanggung perasaan yang macam ni?

Kalau anda masih juga kata bahawa bekas kekasih anda TETAP yang menjadi sebab putusnya cinta anda dan buat anda derita, kecewa macam ni, saya rasa anda masih tak faham lagi apa yang nak saya sampaikan. Ini adalah masa untuk lepaskan semua perasaan benci tu dan focus untuk menerima tanggungjawab atas pilihan yang ada sekarang. Menyalahkan orang dan pihak lain akan hanya dan sentiasa buat anda tetap berada di tempat anda sekarang serta kekal begini berterusan.

Disiplin diperlukan untuk buat ini semua.Boleh buat ke? Kena faham ya, penderitaan anda ini hanyalah sementara. Derita putusnya cinta BOLEH sembuh. Anda boleh!

Anda akan lakukan bila anda sedar menjadi diri anda yang ceria seperti dulu dan menjadi kuat adalah lebih bermakna dari terus “melekat” dengan kenangan silam dan perasaan benci yang tentu sekali tak mendatangkan hasil.


Anda tak perlukan kekuatan untuk melepaskan…hanya keberanian.


Mulakan sekarang!







                                               



Terima Kasih Kerana Sudah Membaca Entri Taufiq ! Sila Like Kalo Suka !

14 February 2013

Benarkah Makhluk Halus Berkeliaran di UiTM Lendu

Assalamualaikum.entri ni sebenarnya lama dah aku nak tulis & cerita ni pon dah lama berlaku.aku tak pasti betul ke tak cerita ni.aku dapat tahu melalui kawan aku yang belajar di sana.memang semua tempat ada benda ni.dulu masa aku belajar kat UiTM Jengka pon banyak jugak kejadian macam ni berlaku.tapi takde lah heboh sangat.


Isu bermula apabila kecoh dikatakan terdapat makhluk halus di sana dan menyebabkan terdapat segelintir pelajar yang dirasuk. Oleh kerana itulah, kampus berkenaan selalu mengadakan bacaan Yaasin dan solat hajat bagi menghindari perkara yang tidak diingini berlaku. Rupa-rupanya ada juga bekas pelajar di UiTM Lendu berkenaan mengesahkan tentang kewujudan makhluk halus ini. Wallahu’alam.

Kalau anda jenis lemah semangat jangan tenung lama-lama gambar di atas.Kalau anda jenis berani, lihat di celah-celah besi di belakang gadis dalam gambar itu.Apa yang anda nampak?Seolah-olah ada sesuatu bukan di kejauhan itu.

Persoalannya kini apakah ia hanya satu bentuk bayangan di sebuah pokok atau mungkin juga satu gurauan?Dengar kata ia adalah gambar lama yang diambil berhampiran Jambatan Tasik Tun Fatimah yang menyebabkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka sedang kecoh dengan pelbagai kisah seram buat masa ini.Ada yang mengatakan imej dalam gambar itu adalah orang minyak.

Selain itu, tersebar kisah bahawa rasuk dan histeria sedang berleluasa di sana.“Dengar kata semalam ada budak-budak membuat program Tarian Ulik Mayang yang menyebabkan mula berlaku gangguan,” menurut seorang pensyarah ketika dihubungi di Melaka malam ini.Apa yang diketahui, kekcohan yang berlaku menyebabkan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Lendu mengadakan bacaan Majlis Bacaan Yassin Perdana di setiap tingkat asrama malam ini.


Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian pelajar terutama yang duduk di tempat yang berhampiran dengan kampus kembali ke rumah masing-masing.Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam ketika dihubungi Mynewshub.my memberitahu beliau belum lagi menerima sebarang laporan mengenai kekecohan di UiTM Lendu malam ini.

Tidak sangka nama Universiti Teknologi Mara (Uitm) Lendu, Melaka tiba-tiba menjadi popular bukan sebab kisah pelajanya mencipta rekod bersejarah atau sebagainya, tetapi kisah hantu!

Sebenarnya, kisah Uitm Lendu berhantu sudah wujud sejak sekian lama lagi, tapi tidak sangka ia mendapat perhatian luas sejak malam tadi apabila terus trending di Twitter.Kejadian pelajar dirasuk, histeria atau sasau (menjadi gila) memang benar-benar berlaku dan ia bukan cerita dongeng.

Mereka yang dirasuk ini memang mempunyai kuasa luar biasa, dengan tiba-tiba akan menjadi kuat dan sukar dikawal.Percakapan pula ada yang boleh difahami dan ada pula yang sepatah apa pun tak faham.Antara kata-kata yang dikeluarkan pelajar itu adalah ‘Jangan ganggu tempat aku!’, ‘Jangan baca (Yassin) aku panas’, ‘Kau banyak dosa’, dan ‘Dia ada dekat situ’.

Lebih teruk ada yang meracau sampai nak terjun dari tingkat empat kolej kediaman, mujur ada kawan-kawan lain yang mengawal keadaan.Pasal pelajar berlari-lari dari satu tingkat ke satu tingkat pernah juga kawan aku degar berlaku, tapi kawan aku tidak melihat dengan mata sendiri jadi agak sukar untuk mengambarkan keadaan pada masa itu.

Sementara itu, kejadian pelajar diirasuk akan berlaku sekitar waktu peralihan masa seperti waktu Zohor, Maghrib dan pukul 12 tengah malam serta ia memakan masa hingga berjam lamanya untuk pelajar berkenaan pulih.

Sampaikan ada di antara pelajar-pelajar lain sudah lali dengan keadaan ini.Dah tahu dah bila dengar ada orang kena rasuk, mereka (pelajar) dengan sendiri akan ambil air sembahyang dan baca Yassin di ruang tempat tinggal masing-masing.

Pernah pada satu ketika, seorang pelajar perempuan di tinggkat atas kolej terkena rasuk, tidak semena-mena ia berjangkit pula ke tingkat bawah!

Kemudian seorang lagi pelajar turut disampuk sama, menjadikan jumlahnya tiga orang! Bayangkan pada ketika itu keadaan punyalah tidak terkawal.

Dengan ada pelajar yang lemah semangat dengan tiba-tiba pengsan. Itu belum lagi ada yang menangis ketakutan.Sampaikan pada satu tahap Yassin dan bacaan doa terpaksa dibuat di Masjid Al-Hikmah, Uitm supaya bacaan itu dapat berkumandang di seluruh Uitm.

Ada juga pada satu tahap, yang pelajar kena rasuk itu tidak dapat dipulihkan dan dia terpaksa dibawa pulang ke rumah ibu bapa.

Menurut cerita pelajar senior yang terlebih dulu tinggal di sana, terdapat sebuah tangki air yang terletak di atas bukit berhampiran kolej kediaman perempuan, mereka berkali-kali berpesan agar tidak menjejakkan kaki ke sana.

Malah, kawan aku sendiri pernah dengar dari mulut Ketua Residen Kolej sendiri tentang amaran berkenaan.Tetapi biasalah, pelajar degil. Lagi cakap jangan pergi, lagilah perasaan ingin tahu itu membuak-buak.Bukannya apa, kawasan atas bukit itu terpencil, biasanya tempat terpencil dan tidak didiami manusia akan didiami oleh siapa? Tentunya jin, iblis dan makhluk halus lain.

Selain itu, ada juga amaran mengenai jangan berjalan di tepi tasik Tun Fatimah yang menghubungkan antara kolej dan kelas pada waktu senja.Mereka kata, Tun Fatimah suka berjalan pada malam hari untuk ambil angin! Tetapi tentang cerita tasik itu penulis tidak tahu sejauh mana kebenarannya, tak usahlah percaya seratus peratus.

Tetapi, kadang-kadang pelajar tak boleh mengelak daripada melalui tasik itu terutamanya apabila ada kelas malam atau kelas habis sekitar pukul 7pm.

Menurut kawan aku,ustaz di Uitm, Lendu pernah berkata, makhluk halus suka pada orang yang lemah. Lagi-lagi pada masa minggu peperiksaan, semasa tu semua tengah stress dan berfikiran serabut.

Jadi masa tulah yang digunakan untuk masuk ke dalam tubuh manusia.Lagi satu, perkara dirasuk ini sering berlaku kepada pelajar perempuan terutamanya apabila mereka datang bulan (period). Pada ketika itu, badan kotor dan hormon tidak stabil.Jadi makhluk halus ini akan cuba mengambil kesempatan.
Kalau korang dah baca entri ni,sebenarnya kejadian ni lebih kurang sama jer dengan kejadian yang pernah berlaku kat UiTM Jengka.

Apa-apa pun sentiasalah dekatkan diri dengan Allah SWT, kerana dia pasti melindungi umatnya. Insyallah…


(Surah Al-Aaraf, Ayat 201)

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa gangguan dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.

Apa-apa pun,terima kasih lah kerana sudi membaca(^_^)


Terima Kasih Kerana Sudah Membaca Entri Taufiq ! Sila Like Kalo Suka !

13 February 2013

UiTM Jengka Tetap di Hatiku




Assalamualaikum w.b.t...Tujuan aku tulis entri ni saje je.tengah layan lagu hindustan sedap2 tadi,tiba2 teringat kt uitm jengka iaitu tempat yang dulu aku pernah belajar semasa pra diploma.sekarang aku dah diploma dah.memang banyak sekali lah kenangan2 serta peristiwa manis & pahit semasa aku berada di sana.so,kat bawah ni aku nk tulis serba sedikit lah pasal kenangan aku semasa berada di sana...

Kenangan Manis
Kenangan manis memang banyak lah.firstly,aku dapat ramai kawan kt sini & majoritinya budak pahang lah.bukan setakat kawan je,awek pon ramai.tapi aku pernah 3 kali je bcinta kt sini dalam tempoh 1 semester.bosan aku nak cakap pasal awek.selain itu,aku juga selalu keluar bandar dengan kawan2 aku & enjoy.kiranya,tiap2 mingu lh mmg wajib aku keluar.disini juga banyak wifi.keje aku bese lah,dok online je lh.tempat yg paling aku akrab online adalah kt pondok(dalam gambar).pas 2,tiap2 petang aku & kawan2 aku akan beriadah sprti joging,gym,men badminton & usya awek...hahaha.actually,bnyk ag kenangan manis semasa aku berada di sana.tp cukup la dah aku citer ni.

Kenangan Pahit
Kalo kenangan pahit sikit je kot.kenangan pahit nya aku rasa ketika putus cinta je.memang x ley nak fokus belajar lah kalo putus cinta ni.dulu jer,sekarang x de makna dh bg aku semua 2.selain itu,kat sini memang sering lah berlaku kes macam histeria & rasuk2 ni sampai kan 2 kali dh budak histeria depan aku.memang seram.nak2 lagi ada pada masa nak dekat subuh aku boleh dengar sore orang mengilai.cering bulu roma aku ni.mujur lah x de kes makcik jual karipap lagi...huhuhu


sebelum aku nak cerita pasal gambar2 kat bawah ni,aku nak bercerita tentang gambar yang kat atas ni.masa gambar ni diambil,aku dah pon sambung diploma kat segamat.rugi betul takde kat jengka masa ni.masuk book of record pulak tu.tahniah uitm jengka & student2 yang bersusah payah membuat logo 1 malaysia yang besar ni hanya dengan cawan plastik jer




 

saja jer nak letak gambar ni.nak letak banyak2,nampak serabut pulak...hahaha




Yang ni mase time MDS(minggu destini siswa).so sweet & hepi sangat time ni sebab ni hari las mds...huhuhu.bersama semua ni,cuma tinggal 4 orang jer termasuk aku yang masih belajar di uitm.



Sekadar bosan2 di hari jumaat...



Yang gambar ni diambil semasa hari terakhir kelas iaitu minggu terakhir sebelum minggu study week.



Gambar ni pulak diambil semasa aku dengan kawan2 aku sibuk untuk menjayakan video group MGT028.dengan subjek ni,kami kena berlakon.salah 1 tempat dalam adegan dekat tepi kolam ni lah.



Kalo dalam gambar ni,memamg tiap2 malam lah aku ada kat sini.buat apa,online lah.aku ni memang hantu online.time ni masa aku dengan kawan2 aku sedang menunggu untuk bersahur.kalau time puasa  ni,waktu tido aku memang lepas sahur lah.



 Gambar yang las ni lah yang paling sedih sekali.gambar ni diambil semasa aku dengan kawan2 classmate aku makan bersama buat kali terakhir.gambar ni semasa kami semua sudah las amik paper MATH037 & pada keesokannya,semua pulang ke rumah masing2.


So,apa2 pun berlaku,aku tetap tak kan lupakan korang semua walaupun sekarang semua dah buat haluan masing2.kepada yang korang yang masih belajar lagi,aku doakan korang & aku semoga sukses dapat kan diploma & berjaya dalam hidup.aku berharap sangat suatu masa nanti kita dapat overnight kat Jengka.sekian,terima kasih.

UiTM Jengka
PD002 1D
JUN 2011 - NOV 2011










Terima Kasih Kerana Sudah Membaca Entri Taufiq ! Sila Like Kalo Suka !

12 February 2013

Makanan Tradisi Kaum Melayu

Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50 peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu, berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh Istana Melaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.
NASI LEMAK
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.
LEMANG
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
TAPAI
Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.
Tapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar dan ditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional.Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendak membuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap. Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapai kerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.
BELACAN
Belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil @ geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan di gemari ramai. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya.Tetapi belacan kini telah di terima oleh semua peringkat usia dan bangsa di  Malaysia,malah pengeluar belacan yang mengeluarkan secara komersial dan besar-besaran juga bukan hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja.Belacan kini digunakan dalam pelbagai resepi masakan pelbagai bangsa juga.Proses pembuatannya agak mudah tapi memerlukan kemahiran untuk menghasilkan mutu dan kualiti belacan agar tahan lama.
RENDANG
Rendang adalah masakan yang berasal dari Padang, Salah satu makanan khas dari budaya Minangkabau, dan sering di sajikan pada acara-acara dan upacara untuk menghormati tamu. Makanan yg satu ini juga populer di Malaysia dan Singapura, rendang disiapkan secara tradisional oleh masyarakat Melayu pada acara-acara pesta. Walaupun kadang-kadang rendang digambarkan sebagai seperti kari, dan nama yang kadang-kadang diterapkan untuk kari daging hidangan di Malaysia, asli rendang tidak seperti kari.Rendang dibuat dari daging sapi (atau kadang-kadang ayam, daging domba, kerbau, bebek, atau sayuran seperti nangka atau singkong) santan dan rempah-rempah di masak beberapa jam dengan api kecil, memungkinkan agar daging bisa menyerap bumbu2nya dan daging menjadi empuk. Memasak dengan proses perubahan dari air ke goreng sebagai cair evaporates. . Rempah-rempah yang dapat mencakup jahe, galangal, daun kunyit, lemon grass dan cabai. Ada dua jenis rendang: kering dan basah. Rendang kering dapat disimpan untuk 3-4 bulan, Rendang basah, juga dikenal sebagai kalio.
PUTU PIRING
Putu piring banyak dijual di pasar malam. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung ubi, yang berintikan nisan atau gula melaka. Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda (nyiur kulit hidup).Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning.
BOTOK-BOTOK
Botok- botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang hanya boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianya berbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa khabarnya terdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding.
CENCALOK
Masyarakat Melayu di Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanan tradisionalnya, yang memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Selera Melaka sudah menjadi santapan lazim masyarakat Malaysia. Salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan nasi. Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau. Udang geragau akan dicampurkan dengan air dan akan dicampurkan dengan sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi sudah menjadi sebati, seterusnya akan dimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-rapat dengan menggunakan kain bersih untuk diperam dan disimpan selama 3 hari. Untuk menyedapkan rasanya lagi bolehlah dimasukkan sedikit air didih nasi. Untuk menyedapkan lagi apabila dimakan dengan nasi, hendaklah dicampurkan dengan lada basah dan bawang besar yang dihiris kemudian diperahkan dengan limau nipis atau limau kasturi atau juga dicampurkan sedikit lada basah dan sehiris halia kemudian digoreng dengan telur.
DODOL-DODOL
Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi muda mahir membuat dodol.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat.Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.
OTAK-OTAK
Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”
Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih enak dimakan ketika masih panas.


Terima Kasih Kerana Sudah Membaca Entri Taufiq ! Sila Like Kalo Suka !

11 February 2013

Kedai Gula-Gula yang Terluas di Dunia


Assalamualaikum.entri kali ini aku ingin menulis tentang kedai gula2 yang terluas didunia.aku minat nak tulis pasal benda ni sebab aku baru terbaca dekat surat khabar.wow,memang besar lah kedai nya & gula0gula pon nampak sedap2 belaka.aku pon suka jugak gula2 ni...hahaha

Gula-gula sememangnya sinonim dengan kanak-kanak mahupun orang dewasa, pendek kata kebanyakkan antara kita memang menyukainya dan mungkin hanya segelintir sahaja yang tidak menyukai makanan manis ini. Kali ini akan dikongsikan suatu tempat yang pasti akan disukai oleh penggemar gula-gula.

Dubai merupakan salah satu kota yang berkembang tercepat di dunia dan juga sebagai kota metropolitan yang sibuk. Dubai selalu penuh dengan kehidupan dan dipenuhi dengan aktiviti dan anda tidak boleh memaksa diri anda untuk tidur di bandar kehidupan ini. Pelancongan adalah industri yang berkembang pesat di Dubai dan ada begitu banyak hal bagi pelancong untuk dilakukan di Dubai, bahawa tidak ada jumlah waktu yang akan cukup untuk melawat setiap daya tarikan bandar ini.


Jadi di sini di kumpulkan senarai beberapa tempat pelancongan terbaik di Dubai. Percayalah bahawa sangat sukar untuk mencari tempat yang menakjubkan seperti di Dubai yang penuh dengan perkara yang luar biasa.


Lagi-lagi Dubai menarik dunia dengan membuat kedai gula-gula terluas di dunia yg dinamakan Candylicious. Luas kedai tersebut mencapai 10.000 kaki. Canopy’a adalah lollipops yang besar-besar dan tersedia juga “pick and mix” dinding (yang juga terbesar di dunia), jadi kita boleh ambil coklat atau gula-gula yang ada di dinding dengan warna yang kita suka! Juga gula-gula M&Ms yg membuatkan pengunjung teringat akan era 80-an.


Konsep Candylicious sendiri adalah fantasi, santai and memori masa kecil , digabungkan konsep kedai gula-gula dengan imaginasi termaju di dunia.so,dibawah ni terdapat foto2 yang aku jumpa dekat laman web kedai ni.










Terima Kasih Kerana Sudah Membaca Entri Taufiq ! Sila Like Kalo Suka !

10 February 2013

Perbezaan Antara Lelaki & Perempuan Dalam Solat

Assalamualaikum.entri kali ini aku ingin mengupas tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat.entri ni aku copy & paste jer.tapi sebab entri ni menarik,tu yang aku copy dan ingin kongsikan dengan korang semua.


Dalam mengerjakan solat, terdapat perbezaan ketara di antara lelaki mahupun perempuan terutamanya dari segi aurat. Seperti kita tahu, wanita tidak boleh mengimamkan lelaki, tetapi mereka boleh mengimamkan bagi golongan wanita itu sendiri. Di sini terdapat pecahan tentang apakah perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat.


Perempuan disunatkan dibezakan dengan lelaki dalam 5 perkara:



1)Menghimpunkan/merapatkan sesetengah anggota dengan lain ketika sujud. Iaitu dengan merapatkan kedua siku kepada dua rusuk ketika sujud dan merapatkan perut dengan kedua paha. Keadaan ini berbeza dengan lelaki yang disunatkan supaya merenggangkan dua sikunya dari dua rusuk dan mengangkat perutnya dari kedua pahanya.



Al-Baihaqi (2/232) meriwayatkan:



Nabi Muhammad saw telah berjalan di kawasan dua orang perempuan yang sedang bersembahyang,lalu Baginda bersabda:Apabila kamu berdua sujud,maka himpunkan/rapatkan sesetengah daging(anggota) ke bumi,sesungguhnya perempuan dalam masalah tersebut tidak sama dengan lelaki.



2)Perempuan hendaklah merendahkan suaranya di khalayak lelaki yang bukan mahramnya. Oleh itu dia tidak boleh menyaringkan bacaan dalam sembahyang yang. dibaca dengan nyaring kerana bimbang berlakunya fitnah. Firman Allah taala..



“Dan janganlah kamu bercakap dengan suara yang lemah lembut(lunak) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya(fasik dan kurang warak).”
(Ahzab:32)



Hal ini berbeza dengan lelaki kerana lelaki disunatkan membaca dengan kuat/nyaring ketika sembahyang pada sembahyang yang dibaca dengan nyaring.



3)Apabila berlaku sesuatu kepada seseorang perempuan ketika sembahyang dan dia ingin menyedarkan/memberitahu seseorang di sekelilingnya bagi sesuatu perkara,maka dia hendaklah menepuk dengan memukul belakang tapak tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya.



manakala bagi lelaki apabila berlaku sesuatu di dalam sembahyang,dia disunatkan bertasbih dengan suara yang tinggi,bukan dengan niat tasbih(memberi ingat)



Ini berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Sahl bin Saad bahwa Rasulullah saw bersabda:



Barangsiapa yang merasa ragu terhadap sesuatu perkara(yang perlu diingatkan) ketika sembahyang,maka hendaklah dia bertasbih,kerana sesungguhnya apabila dia bertasbih,perkara yang diragukan itu akan diberi perhatian.Manakala menepuk tangan hanyalah bagi golongan perempuan.(Iaitu dengan memukul belakang tapak tangan kiri dengan tapak tangan kanan).



4)Seluruh anggota badan adalah aurat,kecuali muka dan tapak tangannya.



5)Perempuan disunatkan iqamah tetapi tidak disunatkan azan. Walaubagaimanapun,sekiranya dia melakukan azan tersebut dengan suara yang perlahan,maka tidak makruh,dan azan tersebut dikira sebagai zikir yang diberi pahala kepadanya.Jika diangkat suaranya ketika azan,maka ianya makruh dan menjadi haram sekiranya dibimbangi berlaku fitnah.



Berlainan dengan lelaki. Sebagaimana yang anda ketahui bahawa azan adalah disunatkan kepada lelaki ketika menunaikan sembahyang fardhu.



(Dipetik dari Kitab Fikah Mazhab Shafie dalam menghuraikan bab:bersuci dan sembahyang.)



Terima Kasih Kerana Sudah Membaca Entri Taufiq ! Sila Like Kalo Suka !

Copyright@Segala Yang Tercatat di atas semuanya Hak Milik Ku Taufiq