Tobi of Akatsuki Sprite

03 February 2013

Kenangan Pahit Pergi KLUANG

Assalamualaikum.tujuan aku tulis entri ni cuma nak citer tentang pengalaman yg tak best langsung pergi kluang tadi.saat entri ini ditulis,aku baru saja sampai ke uitm.aku punya beria & excited lah nak pergi sana sampai aku tak tido malam & pukul 2 pagi aku dah mandi.pukul 2.30 aku dah tunggu dekat padang kawat.las2,pukul 5 lebih baru gerak dari uitm.yang tu aku tak kisah sangat lah.yang paling aku kisah nyer,boleh pulak bas yang aku naiki tu rosak dekat pertengahan jalan di labis.puas menunggu sampai pukul 10.30 pagi baru ada bas sampai & teruskan perjalanan pergi kluang.

pada asalnya,coach tenis aku nak balik jer.tapi disebabkan pemandu bas tu cakap,walaupun lambat,kena pergi jugak.so,aku dengan rakan2 yang lain pon teruskan lah perjalanan.maklum lah,dalam bas tu cuma budak2 tenis part 2 & part 3 jer.jadi,sabar je lah menunggu semasa perjalanan.yang paling tak boleh bla bila time aku dah sampai,orang2 yang lain dah berpusu-pusu nak balik dah.

nak pulak bila salah seorang dak laki ni cakap kena tunggu sampai pukul 2 petang baru bas rosak yang aku naiki tadi sampai sebab bas yang baru aku naik tadi,tu sebenarnya bas dak lain yang nak balik ke uitm.memang angin giler lah.tapi,nasib baik lah ada 1 bas ni masih banyak kosong & kami semua terpaksa lah naik bas tu.kesian pulak aku dekat coach aku tak balik & membiarkan kami semua balik dulu.so,kiranya pergi kluang semata2 naik bas jer.hampeh betul.memang aku tak suka lah kalau perjalanan jauh ni tiba2 bas rosak.dulu masa aku study kat jengka pon 2 kali dh buat hal.aku mintak2 lah lepas ni,kejadian ni tak kan berulang lagi.sedih kot pergi saje je.


Terima Kasih Kerana Sudah Membaca Entri Taufiq ! Sila Like Kalo Suka !

02 February 2013

My Old School SMK Perwira Jaya


Assalamualaikum w.b.t...tajuk posting kali ini aku ingin menulis tentang sekolah lama aku.bila tengok gambar kat atas ni memang rindu sekali lah kat sekolah ni.dah 2 tahun lebih aku meninggalkan sekolah ni.kali terakhir aku datang ke sekolah ni pon masa tahun 2011 bulan 10 untuk mengambil sijil spm aku.bukan sekolah ni jer aku rindu,semua aku rindu termasuk cikgu2 & kawan2 aku yang tersayang.sekarang ni cuma beberapa orang jer cikgu aku yang masih mengajar kat sekolah ni.yang lain semua dah bertukar mengajar.sedih sekali.terima kasih cikgu2 yang sudah mendidik aku dari form 1 sampai form 5 & result spm aku yang cemerlang walaupun cuma 1 subjek yang buat aku tak puas hati.tanpamu guru,tak mungkin aku akan berjaya sampai masuk diploma ni.rindu sangat2 lah.kat semua orang.bila nak diimbas kembali kenangan masa ni,memang aku teringat lah masa kenakalan aku selama berseragam baju sekolah ni & teringat jugak masa kena denda waktu perhimpunan.



hahaha....tringat masa ni.ni budak2 yang kena denda akibat datang lambat.aku pun salah seorang daripada pelajar2 ini yang didenda.maklum lah,pintu pagar tutup pukul 7.30 pagi.sapa yang datang lambat lagi memang kena tahan lah.



yang ni memang masa2 paling indah sekali.bergambar dengan budak2 kelas.masa ni aku form 2.nampak macam berubah,nampak macam sama jer.maksud aku,aku lah.gambar aku yang ke 7 dari kiri.sebenarnya,dari form 1 sampai form 5 aku ada gambar bersama dak kelas.tapi yang ni jer masih ada.yang lain dah hilang entah ke mana lah.takpe,yang penting ada jugak.

So,sampai sini je lah entri aku.tak tau nak ulas apa2 lagi sebab memori aku dah banyak lost.apa2apa pun terima kasih kerana sudi membaca & jangan lupa tekan butang like kat bawah ni yer.(^_^)


Terima Kasih Kerana Sudah Membaca Entri Taufiq ! Sila Like Kalo Suka !

01 February 2013

IMD208 -> Subjek Kesukaan Aku

Assalamualaikum....entri kali ini aku ingin menulis tentang IMD208.apa itu imd208.sebenarnya ni salah 1 subjek kursus aku pada sem ni.nama subjek ni Introduction To Web Content Management & Design.semester ni aku amik 5 subjek IMD.maklum lah,belajar Information Mangement lh katakan.tapi dalam banyak2 subjek imd sem ni,subjek ni lah yang paling aku suka sekali sebab belajar pasal html.ditambah lagi dengan lecturer aku yang tegas,komitmen,kacak & sebagainya lagi.






Dalam subjek ni,aku diajar cara2 bagaimana untuk membuat html sendiri & macam2 lagi.yang paling penting,buat blog tu yang best sangat tu sebab subjek yang sentiasa menggunakan computer.dalam subjek ni jugak,semua pelajar kena ada blog sendiri.teringat pulak masa BEL part 1 dulu..subjek ni ada 12 chapter semuanya.antaranya ialah Introduction to Internet, Basic HTML Structure, Basic HTML Formatting, Using Images, Links, List, Table & Creaing Styles Using Cascading Style Sheet.






How to Writing HTML Tags :
1.Write opening angle bracket
2.Write HTML tag and elements
3.Write closing angle bracket
<p> Welcome Students </p>



Sebenarnya,bukan senang  nak belajar pasal html ni & bukan susah untuk mempelajarinya.bila membuat blog,dalam blog mesti kena ada graphic,animasi & apa2 lagi lah terutamanya bila nak center kan segala apa yang kita tulis tu or benda lain.tapi,animasi dalam blog aku ni,aku copy jer html die & kemudian paste kt add gadget html/java script.lagi 1 dalam bab pemilihan template.template blog aku ni,aku main amik jer apa yang ada.kalau nak download,takut pulak tak sesuai sebab tak semua template sesuai bila letak header.dah banyak kali aku tukar template.las2,jadi jugak template sekarang ni dengan header sekali.jadi,sampai sini je lah aku nak bercerita.nak menulis lebih lagi,takut ada yang tak paham pulak.








Terima Kasih Kerana Sudah Membaca Entri Taufiq ! Sila Like Kalo Suka !

Copyright@Segala Yang Tercatat di atas semuanya Hak Milik Ku Taufiq