Tobi of Akatsuki Sprite

04 February 2013

I hate MIGRAIN


Assalamualaikum w.b.t. semua.entri kali ini aku nak tulis & bercerita tentang MIGRAIN @ lebih dikenali sebagai penyakit sakit kepala.sebenarnya,aku pun penghidap penyakit ni.dulu time2 balik sekolah,mesti aku akan diserang penyakit ni.ditambah lagi bila time2 nak dekat exam.lagi lah sakit dengan banyak fikir lah apa lah.macam kena ketuk dengan tukul jer.dulu time sekolah boleh dikatakan hampir selalu aku guna ubat tidur sebab nak dapat rehat yang cukup.aku tak tahu kesannya & main redah jer.efek nyer sampai 1 hari tu aku tak boleh bangun langsung.kepada korang,jangan lah sesekali amik ubat tidur untuk semata-mata nak dapatkan rehat yang cukup.sekarang pun aku boleh dikatakan tengah menghidap penyakit ni.menulis entri ni pada pukul 3 lebih pagi.dah lah nak bangun pukul 6 pulak nanti.

aku pun tak tau macam mana nak ubat penyakit ni untuk diri aku lah.tapi ada jugak aku search kt internet & tak pernah pulak aku nak amalkan.biar jer penyakit ni hilang sendiri.tapi memang tak tau nak cakap lah bila penyakit ni datang.habis ganggu konsentrasi aku terutama bila nak study.lagi 1,jenis aku ni dah lah tak cukup tidur.paling awal pun pukul 2 pagi & paling lambat of course lah lepas subuh & jenis aku ni jugak tak berapa suka tidur petang.bila habis kelas tengah hari jer bukan aku rehat pun.sampai bilik,bukak locker,amik laptop & online jer.aiisshh,susah betul lah mengalami fenomena ni.dekat bawah ni aku nak list kan tanda2 pesakit mengalami penyakit ni.

Tanda-tanda migrain
1) Rasa ngeri ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan  
    sekitar mata
2) Kesakitan teramat sangat dan berdenyut2
3) Pandangan silau, kabur dan kadangkala menjadi gelap
4) Tekak berasa loya, muntah dan kadangkala tangan dan kaki menjadi sejuk
5) Pesakit akan menjadi sensitif pada sebarang bunyi dan suara
6) Serangan selalunya berakhir dalam tempoh 4-72 jam
7) Sesetengah pesakit akan mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak bengkak  
   dan membesar di bahagian tertentu anggota badan




Tips yang dekat bawah ni pulak aku  dah pernah terbaca dalam internet.selama aku hidap penyakit ni,cuma nombor 5,6,7,9 & 11 jer yang aku tak pernah amalkan


Cara Mengelakkan Migrain
1) Jangan memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
2) Jangan juga makan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
3) Cuba elak bau yang busuk, bunyi bising & asap rokok
4) Jangan minum minuman yang mengandungi kafein berlebihan
5) Jangan stress dan cuba kurangkan tekanan
6) Mendapatkan rehat & tidur yang cukup sekurangnya 8 jam sehari
7)  Elakkan mengambil ubat tidur semata-mata nak dapat tidur yang cukup
8) Jangan menundakan waktu makan & jangan biar perut kosong terlalu lama
9) Jangan terlalu banyak berfikir
10) Kerap mandi
11) Elakkan terkena cahaya matahari yang terik & cahaya lampu yang terang
12) Amalkan sujud setiap pagi

So,aku saja jer tulis entri ni..mana lah tau ada guna ker untuk korang2 yang menghidap penyakit ni.





Terima Kasih Kerana Sudah Membaca Entri Taufiq ! Sila Like Kalo Suka !

3 comments:

  1. aishhh. ni yg nak marah ni..dah tau sakit migrain.taknak jaga kesihatan tu.nak bebel ni.boleh tak?eii. rehat penting. tido kena cukup! jom tdo skgggg!!!

    ReplyDelete
  2. eii..takutlah.syg pun migrain jugak. :( tapi takdela teruk macam abg smpai mkn ubat tido tu.ishhh.. risau la kat abgg.

    ReplyDelete
  3. xpe2.lepas ni abg akn cuba dpt kan tidur yang cukup :P

    ReplyDelete

Copyright@Segala Yang Tercatat di atas semuanya Hak Milik Ku Taufiq